Penguasaan morfologi Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid melayu Sarawak
Kajian ini memfokuskan penguasaan morfologi (kata ganti nama, kata adjektif, kata majmuk, kata sendi nama, dan kata pemeri) dalam kalangan murid Melayu Sarawak. Kajian ini dijalankan di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di luar bandar Sarawak dengan melibatkan 100 orang murid sebagai sampel k...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Other Authors: | |
Format: | Book Section |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/46539/1/ART%2024.pdf http://eprints.usm.my/46539/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sains Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini memfokuskan penguasaan morfologi (kata ganti nama, kata adjektif, kata majmuk, kata sendi nama, dan kata pemeri) dalam kalangan murid Melayu Sarawak. Kajian ini dijalankan di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di luar bandar Sarawak dengan melibatkan 100 orang murid sebagai sampel kajian. Reka bentuk kajian melibatkan kajian kuantitatif serta analisis dokumen. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini melibatkan kertas ujian penilaian Bahasa Melayu Menengah Rendah, borang soal selidik, serta temu bual bagi proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sampel kajian masih lemah dalam penguasaan morfologi dan memerlukan bimbingan berterusan daripada guru bahasa Melayu. Data memperlihatkan pencapaian kata sendi nama berada pada tahap rendah serta diikuti dengan penguasaan kata pemeri, kata ganti nama, serta kata majmuk pada tahap sederhana. Manakala, penguasaan kata adjektif berada pada tahap tinggi. Hasil kajian mendapati punca berlakunya kelemahan dalam menguasai morfologi Bahasa Melayu adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda dalam pembelajaran formal dan komunikasi seharian. Ini disokong oleh guru yang menyatakan bahawa masih terdapat pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan murid. Justeru, usaha perlu dipertingkatkan lagi oleh guru dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid bahasa kedua terutama di kawasan luar bandar agar murid tidak ketinggalan dalam penguasaan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat menengah rendah. |
---|