Tekanan Di Kalangan Guru Pelatih Matematik Semasa Menjalani Latihan Mengajar
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca tekanan, mengkaji kesan-kesan tekanan dan mengetahui tindakan guru pelatih matematik, menangani tekanan semasa menjalani latihan mengajar. Seramai lima orang guru pelatih matematik dari tiga buah sekolah menengah di Zon Kulai, telah dip...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10324/1/Zahidah_Binti_Abd_Samad.zip http://eprints.utm.my/id/eprint/10324/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Teknologi Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti punca-punca tekanan, mengkaji kesan-kesan tekanan dan mengetahui tindakan guru pelatih matematik, menangani tekanan semasa menjalani latihan mengajar. Seramai lima orang guru pelatih matematik dari tiga buah sekolah menengah di Zon Kulai, telah dipilih untuk dijadikan responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah temu bual dan pemerhatian. Temu bual ditranskrip dan dianalisa menggunakan kaedah analisis kandungan. Manakala, pemerhatian pula menggunakan kaedah tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa punca-punca tekanan di kalangan guru pelatih matematik ialah masalah pelajar, menyediakan rancangan mengajar, menyediakan bahan bantu mengajar, masalah memilih strategi dan kaedah mengajar yang sesuai, dan kurangnya pengalaman sebagai seorang guru. Manakala, kesan-kesan tekanan kepada guru pelatih matematik ialah tidak mahu masuk dan lambat masuk kelas,tidak menyediakan rancangan mengajar, memarahi pelajar, tidak mengajar dengan baik, dan akhir sekali ialah bergaduh dengan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tindakan yang diambil oleh guru pelatih matematik untuk menangani tekanan yang dihadapi semasa menjalani latihan mengajar ialah berkongsi masalah dengan orang lain, merapatkan diri dengan pelajar, tidak ambil peduli dengan tindakan pelajar, dan muhasabah diri. Beberapa cadangan dikemukakan pada akhir laporan kajian untuk tujuan kajian pada masa hadapan. |
---|