Persepsi Guru Terhadap Kualiti Perkhidmatan Makanan Di Kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik. Seramai 32 orang guru SRK Kangkar Pulai telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Said, Mohd. Rizal, Mohamed Mobin, Surati
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10528/1/PERSEPSI_GURU_TERHADAP_KUALITI_PERKHIDMATAN_MAKANAN_DI_KANTIN_SEKOLAH_RENDAH_KEBANGSAAN_KANGKAR_PULAI.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10528/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap kualiti perkhidmatan makanan di kantin Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik. Seramai 32 orang guru SRK Kangkar Pulai telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada setiap responden. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences(SPSS) 13.0 For Window yang menjurus kepada kekerapan, peratusan dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi responden dari aspek kebersihan makanan, kepelbagaian jenis makanan, penyediaan makanan dan amalan pengendali kantin adalah tinggi. Walau bagaimanapun, menurut persepsi guru, pengendali kantin kurang mengamalkan amalan kebersihan ketika mengendalikan makanan. Selain itu, di kantin sekolah tidak terdapat kepelbagaian menu. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bagi mencadangkan dan membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan makanan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkar Pulai, Johor.