Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Terhadap Tajuk Ikatan Kimia Di Daerah Kuala Terengganu

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka alternatif pelajar yang wujud. Seramai 225 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari dua buah sekolah menengah teknik di daerah Kuala Terengg...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Kamaruddin, Meor Ibrahim, Ahmad Fuad, Nurfazlina
格式: Article
語言:English
出版: 2010
主題:
在線閱讀:http://eprints.utm.my/id/eprint/10875/1/Kefahaman_Pelajar_Tingkatan_Empat_Sekolah_Menengah_Teknik_Terhadap_Tajuk.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10875/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
機構: Universiti Teknologi Malaysia
語言: English
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka alternatif pelajar yang wujud. Seramai 225 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari dua buah sekolah menengah teknik di daerah Kuala Terengganu, Terengganu terlibat sebagai sampel kajian. Soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 22 item yang menguji konsep ikatan kimia. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara manual dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Tahap penguasaan pelajar ditentukan berdasarkan rujukan kriteria gred yang biasa digunakan iaitu Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). Secara keseluruhan, kefahaman pelajar mengenai konsep ikatan kimia adalah pada tahap yang sangat lemah. Beberapa implikasi kajian dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan. Cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan.