Cabaran guru-guru pelatih tahun tiga sarjana muda teknologi serta pendidikan (kemahiran hidup) sesi 2007/2008 terhadap latihan mengajar yang telah mereka lalui

Kajian deskriptif yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti cabaran guruguru pelatih tahun tiga Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) sesi 2007/2008 terhadap latihan mengajar yang telah mereka lalui. Seramai 125 orang sampel iaitu keseluruhan populasi pelajar tahun tiga kursus S...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Buntat , Yahya, Omar, Norhaya
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11508/1/Cabaran_Guru.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11508/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian deskriptif yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti cabaran guruguru pelatih tahun tiga Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) sesi 2007/2008 terhadap latihan mengajar yang telah mereka lalui. Seramai 125 orang sampel iaitu keseluruhan populasi pelajar tahun tiga kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dipilih sebagai responden. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik yang megandungi 36 item kepada responden. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) 13.0 For Windows dan dipersembahkn dalam nilai kekerapan, min dan peratusan. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi melalui kajian rintis ialah 0.889. Hasil kajian mendapati bahawa responden menghadapi cabaran daripada semua aspek yang dikaji iaitu aspek pengajaran teori dalam bilik darjah, pengajaran amali di bengkel, beban tugas, penyeliaan oleh pensyarah serta guru pemimbing dan juga cabaran dari aspek kemudahan yang ada. Justeru, berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan telah dibincangkan.