Persepsi Di Kalangan Pelajar Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi terhadap penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Terdapat tiga aspek kajian telah dikemukakan oleh penyelidik iaitu persepsi responden terhadap minat dan motivasi, pengajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arshad , Mohammad Yusof, Zakaria, Nurul Haini
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11598/1/Persepsi_Di_Kalangan_Pelajar_Terhadap_Penggunaan_Bahasa_Inggeris_Di_Fakulti_Kejuruteraan_Elektrik.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11598/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi terhadap penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Terdapat tiga aspek kajian telah dikemukakan oleh penyelidik iaitu persepsi responden terhadap minat dan motivasi, pengajaran pensyarah dan persekitaran yang mempengaruhi penggunaan bahasa Inggeris. Responden kajian melibatkan sejumlah 157 orang yang terdiri daripada pelajar tahun satu dan tahun dua yang berlainan kursus di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Borang soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data berkaitan dengan kajian ini. Data dianalisis dengan mengira bilangan frekuensi, nilai min dan peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) Version 11.5 For Windows. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden memiliki tahap yang sederhana dari aspek minat dan motivasi, pengajaran pensyarah dan juga persekitaran terhadap penggunaan bahasa Inggeris. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan dari segi aspek minat dan motivasi, pengajaran pensyarah dan juga persekitaran bagi responden lelaki dan perempuan berdasarkan ujian-t yang telah dijalankan. Perbincangan berkaitan dengan hasil dapatan data dan cadangan dikemukakan pada bahagian akhir perbincangan.