Hubungan Tingkah Laku Kesediaan Pensyarah Dengan Tahap Motivasi Pelajar

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan atau bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap motivasi pelajar merentas jantina. Instrumen kajian yang diguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Latif, Adibah, Mohd Taib, Fatimah Harlina
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11675/1/Hubungan_Tingkah_Laku_Kesediaan_Pensyarah_Dengan_Tahap_Motivasi_Pelajar.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11675/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan atau bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap motivasi pelajar merentas jantina. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Satu set soal selidik yang mengandungi 50 item soalan dibina dan diambil daripada kajian yang terdahulu, telah digunakan untuk mengukur perhubungan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan yang melibatkan 81 orang pelajar tahun dua dan tahun tiga bagi kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Jentera (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini adalah 0.94. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 16.0. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian korelasi Pearson dan pengujian-t. Keputusan kajian mendapati terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara bukan lisan dan tahap motivasi pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara tingkah laku kesediaan pensyarah secara lisan dan tahap motivasi pelajar. Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap motivasi yang signifikan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Katakunci: tingkah laku kesediaan pensyarah, tahap motivasi pelajar