Kefahaman pelajar mengenai konsep zarah : perbandingan respon pelajar di Malaysia dan pelajar di United Kingdom

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman pelajar mengenai konsep zarah dan mengkaji adakah faktor bahasa dan budaya di Malaysia mempengaruhi kefahaman pelajar mengenai konsep zarah . Instrumen kajian dan analisis respon menggunakan soalan berstruktur dan pengkategorian yang di bina oleh Brook,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arshad, Mohammad Yusof, Surif, Johari, Tan, Soo Yin, Daud, Dalina, Ibrahim@Sellakutty, Uthayakumari
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/12264/1/MohammadYusofArshad_KefahamanPelajarMengenaiKonsepZarah2002.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/12264/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kefahaman pelajar mengenai konsep zarah dan mengkaji adakah faktor bahasa dan budaya di Malaysia mempengaruhi kefahaman pelajar mengenai konsep zarah . Instrumen kajian dan analisis respon menggunakan soalan berstruktur dan pengkategorian yang di bina oleh Brook, et al. (1984), Sejumlah seratus enam puluh enam orang pelajar tingkatan empat dipilih secara rawak mudah daripada beberapa buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru dan di daerah Kemayan, Pahang. Respon pelajar kemudiannya dibandingkan antara pelajar di Malaysia dan pelajar di United Kingdom. Dapatan kajian menunjukkan kefahaman pelajar di Malaysia dan United Kingdom terhadap konsep zarah adalah rendah disebabkan wujudnya kerangka altenatif di kalangan pelajar. Terdapat bukti kewujudan sedikit perbezaan pengkonsepan pelajar mengenai konsep zarah . Pelajar Malaysia mempunyai pengkonsepan yang lebih baik berbanding pelajar di United Kingdom terhadap dua daripada tiga soalan yang dikemukakan. Bahasa dan budaya dikenalpasti sebagai faktor yang mempengaruhi pengkonsepan pelajar. Selain itu, faktor kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan corak pengajaran tradisional mungkin turut mempengaruhi pengkonsepan pelajar. Hakikat ini menunjukkan betapa pentingnya kajian berkaitan pengkonsepan pelajar daripada perspektif bahasa dan budaya dalam dunia penyelidikan pendidikan yang akan datang.