Penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam ujian amali dan ujian bertulis fizik tingkatan 4

Pelaksanaan PEKA sebagai pentaksiran berasaskan sekolah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains bersepadu pelajar-pelajar. Namun begitu daripada kupasan mutu jawapan SPM Kertas 3 Fizik merumuskan masih terdapat beberapa kelemahan ketara calon dalam kemahiran proses sains berse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sahar, Salawati, Phang Abdullah, Fatin Aliah
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/17076/1/JOE-1-2011-036.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/17076/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Pelaksanaan PEKA sebagai pentaksiran berasaskan sekolah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains bersepadu pelajar-pelajar. Namun begitu daripada kupasan mutu jawapan SPM Kertas 3 Fizik merumuskan masih terdapat beberapa kelemahan ketara calon dalam kemahiran proses sains bersepadu tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dalam kerja amali di makmal serta pencapaian dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 4. Untuk itu, tiga instrumen telah dibina berdasarkan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan huraian sukatan mata pelajaran Fizik tingkatan 4 yang kemudiannya disahkan oleh dua orang guru yang pakar dalam mata pelajaran Fizik. Instrumen pertama, UKPD (Ujian Pencapaian Konsep Daya) digunakan untuk mengenalpasti penguasaan pelajar dalam konsep Daya; UKPSB (Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu ) pula untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran proses bersepadu seperti mengawal pembolehubah, membuat hipotesis, mendefinisi secara operasi dan menginterpret datadalam kerja amali di makmal; manakala UPF (Ujian Pencapaian Fizik ) digunakan untuk mengenalpasti pencapaian pelajar dalam ujian amali bertulis yang mirip kepada Kertas 3 Fizik SPM. Suatu kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar tingkatan 4 untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen-instrumen yang dibina ini.