Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) menerusi pandangan guru

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menerusi pandangan guru. Bagi mencapai tujuan ini, tahap kefahaman berkaitan konsep PBS, persepsi dan masalah pelaksanaan PBS dalam kalangan pelajar pascasiswazah dikenal pasti. Seramai 34 orang guru yang terdiri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Samsudin, Siti Anisha, Ibrahim, Nor Hasniza, Surif, Johari, Abdullah, Abdul Halim
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/61198/1/NorHasnizaIbrahim2014_PelaksanaanPentaksiranBerasaskanSekolah%28PBS%29.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/61198/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menerusi pandangan guru. Bagi mencapai tujuan ini, tahap kefahaman berkaitan konsep PBS, persepsi dan masalah pelaksanaan PBS dalam kalangan pelajar pascasiswazah dikenal pasti. Seramai 34 orang guru yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah Fakulti Pendidikan telah dilibatkan sebagai responden di dalam kajian ini. Data dikumpulkan menerusi soal selidik dan temubual. Soalan soal selidik terdiri daripada 34 item yang berskala Likert. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu peratusan dan purata min. Manakala temubual dianalisis secara teknik analisis kandungan. Hasil dari kajian ini, didapati kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka jelas dengan objektif dan matlamat yang perlu dicapai dalam pelaksanaan PBS dan responden juga merasakan soalan-soalan bagi PBS bersesuaian mengikut tahap band yang tertentu. Dapatan juga menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa mereka tidak diberikan kursus dan latihan sebelum melaksanakan PBS disekolah. Semua dapatan daripada soal selidik di sokong oleh responden yang terlibat dalam sesi temubual yang dijalankan. Oleh yang demikian, dengan adanya kajian ini diharapkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini menjadi lebih baik, menarik dan dapat diteruskan pelaksanaannya oleh guru dalam sistem pendidikan akan datang yang dikatakan lebih mencabar terutama buat golongan pendidik.