Kemahiran berfikir secara kritis dan pencapaian fizik pelajar sekolah luar bandar dan bandar di johor bahru

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan tahap pencapaian Fizik pelajar sekolah luar bandar dan bandar. Kajian yang dijalankan berbe ntuk strategi tinjauan dan menggunakan teknik persampelan rawak berlapis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Zuhaini, Putri 'Amirah 'Izzatul Iman, Abdullah, Fatin Aliah Phang
Format: Article
Published: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/68214/
http://ppsmj.com.my/v3/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan tahap pencapaian Fizik pelajar sekolah luar bandar dan bandar. Kajian yang dijalankan berbe ntuk strategi tinjauan dan menggunakan teknik persampelan rawak berlapis. Sebanyak empat buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang terdiri daripada dua buah sekolah menengah luar bandar dan dua buah sekolah menengah bandar terlibat dalam kajian ini. Jumlah kesemua pelajar yang terlibat adalah seramai 123 orang pelajar Fizik tingkatan empat. Alat kajian yang digunakan ialah ujian WGCTA - A dan markah ujian bulanan Fizik. Analisis secara deskriptif melibatkan min, sisihan piawai, median dan peratusan man akala analisis inferensi melibatkan kolerasi Pearson dan ujian - t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis pelajar sekolah luar bandar dan bandar adalah pada tahap sederhana. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa tahap pencapaian Fizik dan kemahiran berfikir secara kritis pelajar sekolah bandar adalah lebih baik berbanding pelajar sekolah luar secara secara signifikan (sig. = 0.000) Namun begitu, kajian mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan tahap pencapaian pelajar sekolah luar bandar (r = 0.033, sig. = 0.801) dan bandar (r = - 0.131, sig. = 0.310). Kesimpulannya, pelajar sekolah bandar adalah lebih tinggi pencapaian mereka dalam Fizik dan kemahi ran berfikir secara kritis berbanding dengan pelajar sekolah luar bandar.