Penilaian hubungan gava kepimpinan pengetua dengan stres guru

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada alat ukur "Leader Behavior Description Questionnaire" (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan pengetua dimensi be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: A. Ghafar, Mohd. Najib, Naim, Tinah
Format: Article
Published: Fakulti Pendidikan, UTM 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/9271/
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:55915?site_name=Restricted+Repository&query=Penilaian+hubungan+gava+kepimpinan+pengetua+dengan+stres+guru&queryType=vitalDismax
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Malaysia
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada alat ukur "Leader Behavior Description Questionnaire" (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Alat ukur Stres Guru digunakan untuk mengukur tahap stres guru berdasarkan gaya kepimpinan pengetua dua dimensi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 314 orang guru dari Japan buah sekolah menengah yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Muar. Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan pengetua pada pandangan guru adalah tinggi pada kedua-dua dimensi iaitu pada dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan dengan umur, pengalaman mengajar, status perkahwinan, tugas guru kelas, pengajar kelas peperiksaan, dan sesi persekolahan. Hasil kajian juga mendapati, (i) terdapat perbezaan yang signifikan tahap stres guru apabila dikaitkan dengan jantina, (ii) terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan pengetua dimensi berstruktur dengan tahap stres guru pada tahap yang sangat lemah dan (iii) tidak terdapat hubungan yang signifikan gaya kepimpinan pengetua dimensi timbang rasa dengan tahap stres guru pada gaya bertimbang rasa.