Cabaran tadbir urus penyaluran perkhidmatan: Kes keganasan terhadap wanita

Tadbir urus(governance) seringkali melibatkan beberapa agensi yang bekerja bersama bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.Isu-isu berkait dengan jaringan (networking) dan kolaborasi antara agensi menjadi lebih penting untuk dibincangkan apabila matlamat yang ingin dicapai itu melibatkan usaha mengel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Noor Azizah, Abdul Hamid, Ahmad Shukri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/13140/1/64.pdf
http://repo.uum.edu.my/13140/
http://www.uumicg2014.com/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tadbir urus(governance) seringkali melibatkan beberapa agensi yang bekerja bersama bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.Isu-isu berkait dengan jaringan (networking) dan kolaborasi antara agensi menjadi lebih penting untuk dibincangkan apabila matlamat yang ingin dicapai itu melibatkan usaha mengelakkan kemudaratan atau membantu individu yang memerlukan khidmat bantuan.Masalah yang ingin diketengahkan dalam tulisan ini ialahberkaitan fenomena keganasan terhadap wanita (violence against women) atau lebih umumnya keganasan domestik (KD) yang menunjukan peningkatan seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Polis Diraja Malaysia.Penyaluran perkhidmatan bantuan kepada golongan ini cuba dipermudahkan dengan mewujudkan One Stop Crisis Centres (OSCC) yang melibatkan agensi-agensi seperti hospital, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan.Oleh itu, khidmat yang disalurkan kepada golongan vulnerabel ini bergantung kepada sejauhmana mekanisme kolaborasi antara agensi terbabit boleh berfungsi untuk membantu mereka pada waktu krisis.Kertas kerja ini bertujuan mengupas aspek tadbir urus agensi-agensi yang terbabit dalam menyalurkan perkhidmatan kepada mangsa keganasan.Perbincangan dibuat berasaskan kajian kualitatif yang dilakukan dalam kalangan kakitangan dari agensi-agensi penyalur perkhidmatan dengan memfokuskan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi.