Hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan web 2.0 tools dalam kalangan pensyarah universiti
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan Web 2.0 Tools dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data daripada responden. Populasi kajian ini adalah pensyarah universi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/16672/1/Noraz.pdf http://repo.uum.edu.my/16672/ http://www.kuis.edu.my/icpr2014/eproceedings/32.%20Dr%20Norazlinda%20Saad%20.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan Web 2.0 Tools dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P).Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk memperoleh data daripada responden. Populasi kajian ini adalah pensyarah universiti dan seramai 100 orang pensyarah telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak.Satu set soal selidik yang
diadaptasikan dari kajian-kajian lepas telah digunakan sebagai instrumen untuk mengutip data.
Analisis kajian sebenar menunjukkan instrumen kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan
yang tinggi iaitu α=0.89.Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif
dan korelasi pearson.Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan pensyarah tentang Web 2.0 Tools adalah pada tahap sederhana, manakala tahap penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P berada pada tahap rendah. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan tahap penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P.Dapatan ini
menggambarkan bahawa para pensyarah mempunyai pengetahuan dan sedar tentang kepentingan penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P.Kajian ini memberi implikasi bahawa di samping faktor pengetahuan, faktor-faktor lain seperti kemahiran, ganjaran dan kemudahan juga perlu diberi perhatian supaya dapat meningkatkan penggunaan Web 2.0 Tools dalam P&P. |
---|