Kesedaran muslim terhadap pensijilan halal
Pensijilan makanan Halal kini menjadi salah satu keperluan di seluruh dunia kerana kehadiran logo pada pembungkusan produk boleh menjamin bahawa makanan adalah selamat, bersih dan halal. Walau bagaimanapun, tahap kesedaran halal di kalangan pengguna tidak dapat dijangka kerana kita hidup dalam ma...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/24662/1/SKTSEWU%202018%2087%2092.pdf http://repo.uum.edu.my/24662/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pensijilan makanan Halal kini menjadi salah satu keperluan di seluruh dunia kerana kehadiran
logo pada pembungkusan produk boleh menjamin bahawa makanan adalah selamat, bersih
dan halal. Walau bagaimanapun, tahap kesedaran halal di kalangan pengguna tidak dapat
dijangka kerana kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Oleh itu, dalam kajian ini,
penyelidik menumpukan kepada kajian terhadap pengguna Islam di negeri Kedah, yang
merupakan penduduk yang berlatar belakang Islam dan mempunyai majoriti pengguna Islam.
Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal tentang tahap kesedaran
dan persepsi pengguna terhadap niat gelagat. Bagi tujuan tersebut, teknik pensampelan
berstrata telah digunakan untuk memilih sampel. Seterusnya, statistik deskriptif dan regresi
linear berganda digunakan untuk tujuan analisis data. Secara umumnya, hanya dua daripada
empat faktor iaitu kesedaran dan kawalan gelagat ditanggap yang berjaya menunjukkan
hubungan yang signifikan terhadap niat gelagat dalam isu halal di negeri Kedah. |
---|