Penilaian Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Utara Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Pensyarah dan Kemudahan, dan Kerelevanan dan Kesesuaian Program ISMP terhadap Persepsi Pelajar terhadap Keberkesanan Program ISMP. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab persoalan kajian. Populasi kajian adalah 520 orang pelajar ISMP...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sankaran, Surendran, Saad, Norazlinda
Format: Monograph
Language:English
Published: Universiti Utara Malaysia 2015
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29337/1/12771.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29337/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh Pensyarah dan Kemudahan, dan Kerelevanan dan Kesesuaian Program ISMP terhadap Persepsi Pelajar terhadap Keberkesanan Program ISMP. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab persoalan kajian. Populasi kajian adalah 520 orang pelajar ISMP di Universiti Utara Malaysia. Pemilihan responden kajian ini dibuat dengan menggunakan persampelan berstrata tidak berkadaran berdasarkan program pengajian dan persampelan rawak mudah. Data kajian telah dikumpul daripada sampel seramai 219 orang pelajar ISMP. Soal selidik kajian ini mengandungi 30 item dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha 0.96. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, ANOVA dan Analisis Regresi. Analisis deskriptif menunjukkan para pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap Keberkesanan Program ISMP di UUM dan variabel pensyarah dan kemudahan, dan Kerelevanan dan Kesesuaian Program ISMP berada pada tahap yang tinggi. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan Persepsi Pelajar terhadap Keberkesanan Program ISMP, Pensyarah dan Kemudahan, dan Kerelevanan dan Kesesuaian Program ISMP berdasarkan Program. Dapatan juga menunjukkan bahawa variabel Pensyarah dan Kemudahan, dan Kerelevanan dan Kesesuaian Program ISMP mempunyai pengaruh signifikan dan positif terhadap Variabel Kerelevanan dan Kesesuaian Program ISMP menjadi peramal yang utama dengan nilai koefisien piawai yang tertinggi. Ini menjelaskan bahawa kedua-dua variabel tersebut perlu dititikberatkan dalam pelaksanaan program ISMP supaya dapat mewujudkan persepsi positif terhadap Keberkesanan Program ISMP. Secara keseluruhannya, dapatan kajian telah memberi implikasi yang positif terhadap keberkesanan dan kualiti program ISMP di universiti.