Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar Pasca Siswazah Pendidikan Menerusi Group-Based Flipped Learning
Tujuan - Kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan group-based flipped learning (GBFL) dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar pasca siswazah. Metodologi - Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar yang mendaftar dalam program Diploma Pasca Siswazah. Kajian in...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29637/1/14508.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29637/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Utara Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Tujuan - Kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan group-based flipped learning (GBFL) dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar pasca siswazah. Metodologi - Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar yang mendaftar dalam program Diploma Pasca Siswazah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam reka bentuk penyelidikan. Data daripada penulisan refleksi pelajar dan pengajar serta hasil kerja pelajar dianalisis secara tematik. Penulisan refleksi pelajar adalah berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka dalam kursus SGDT4013 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Dapatan - Analisis refleksi pelajar dan pengajar menunjukkan bahawa pelajar mengalami pembelajaran yang bermakna melalui aktiviti pembelajaran aktif dan kolaboratif. Di samping itu, pelajar juga merasa saling berhubungan melalui GBFL dan mereka juga mampu meningkatkan KBAT dari segi kreativiti, kolaborasi, pemikiran kritis dan komunikasi. Signifikan - Hasil penyelidikan ini menyumbang kepada pembangunan garis panduan GBFL dalam merancang GBFL yang bermakna. Pereka pengajaran dan pengajar kursus dapat mengintegrasikan GBFL untuk meningkatkan KBAT dalam usaha mengembangkan pembelajaran abad ke-21. |
---|