Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Blended Learning Dalam Kalan Gan Pelajar Sarjana Pendidikan (S/O 14608)

Selaras dengan pelaksanaan Dasar e-Pembelajaran Negara (Depan) (2011), institusi pengajian tinggi telah memberi penekanan kepada Pembelajaran dalam mod Blended Learning. Pembelajaran dalam mod Blended Learning adalah pembelajaran yang menggandingkan kaedah tradisional dan kaedah atas talian (e-pembe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saad, Norazlinda, Sankaran, Surendran
Format: Monograph
Language:English
Published: UUM 2021
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31550/1/14608.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31550/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
Description
Summary:Selaras dengan pelaksanaan Dasar e-Pembelajaran Negara (Depan) (2011), institusi pengajian tinggi telah memberi penekanan kepada Pembelajaran dalam mod Blended Learning. Pembelajaran dalam mod Blended Learning adalah pembelajaran yang menggandingkan kaedah tradisional dan kaedah atas talian (e-pembelajaran). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Reka Bentuk Learning Management System (LMS) dan Isi Kandungan LMS dengan Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Blended Learning. Pendekatan kajian kuantitatif dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Popu!asi kajian ini adalah l 05 orang pelajar Sarjana Pendidikan. Persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan untuk memilih sampel kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen utama kajian untuk menjawab persoalan kajian. Item-item untuk soal selidik diadaptasi dari kajian lepas dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.85. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Blended Learning berada pada tahap tinggi Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara Reka bentuk dan Isi Kandungan LMS dengan Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Blended Learning. Dapatan ini menjelaskan bahawa perancangan pengajaran secara talian perlu menitikberatkan faktor Reka bentuk dan Isi Kandungan LMS supaya dapat meningkatkan Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Blended Learning dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan