Model simulasi arena untuk sistem giliran berbilang dengan pelayan berbilang di pusat pakar / Nazhatul Sahima Mohd Yusoff and Farahanie Fauzi

Masalah tempoh menunggu yang panjang dalam mendapatkan sesuatu perkhidmatan merupakan perkara penting yang perlu ditangani agar mutu perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi itu dapat dipertingkatkan. Di dalam kajian ini, pendekatan simulasi telah digunakan untuk menganalisa tempoh masa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Yusoff, Nazhatul Sahima, Fauzi, Farahanie
Format: Research Reports
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96027/1/96027.pdf
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/96027/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Teknologi Mara
Language: English
Description
Summary:Masalah tempoh menunggu yang panjang dalam mendapatkan sesuatu perkhidmatan merupakan perkara penting yang perlu ditangani agar mutu perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi itu dapat dipertingkatkan. Di dalam kajian ini, pendekatan simulasi telah digunakan untuk menganalisa tempoh masa menunggu yang diambil oleh pesakit bagi semua jenis kepakaran yang menjalankan perkhidmatan di bahagian pesakit luar, Pusat Pakar UKM. Secara keseluruhannya, penyelidikkan yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada empat objektif berikut. Objektif pertama adalah membangunkan suatu model giliran pesakit di bahagian pesakit luar, Pusat Pakar UKM dengan menggunakan perisian ARENA 7.0, objektif kedua adalah dengan mengenalpasti bidang kepakaran yang mencatatkan tempoh masa menunggu pesakit yang paling lama, manakala objektif ketiga pula adalah mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini dan objektif yang terakhir adalah dengan memberikan cadangan penambahbaikkan agar dapat dijadikan sebagai suatu garis panduan kepada pihak Pusat Pakar UKM dalam mengurangkan tempoh masa menunggu pesakit serta meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan di bahagian pesakit luar. Lima jenis model giliran pesakit telah dibangunkan bagi menggambarkan senario yang berlaku. Model penambahbahbaikkan turut dibangunkan dalam mengurangkan tempoh masa menunggu yang diambil oleh pesakit. Melalui cadangan penambahbaikkan yang telah diapplikasikan, ia jelas menunjukkan tempoh masa menunggu pesakit telah berkurang bagi semua jenis kepakaran yang menyediakan perkhidmatan di bahagian pesakit luar, Pusat Pakar UKM.