Pemilihan kata sifat antara gender dalam iklan produk kecantikan dalam majalah fesyen Jepun / Feng Poo Ching
Kajian ini meninjau tentang pemilihan kata sifat antara gender bagi iklan produk kecantikan yang baru dalam majalah fesyen wanita Jepun, Non-no dan majalah fesyen lelaki Jepun, Men’s Non-no. Fokus kajian ini adalah berkenaan dengan kata-kata sifat yang dipilih dan kekerapan penggunaannya di halam...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://studentsrepo.um.edu.my/5482/1/cover.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5482/2/inside_cover.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5482/3/Part_1.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5482/4/Part_2.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5482/5/Part_3.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5482/6/tulang_tesis.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/5482/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Malaya |
Summary: | Kajian ini meninjau tentang pemilihan kata sifat antara gender bagi iklan produk
kecantikan yang baru dalam majalah fesyen wanita Jepun, Non-no dan majalah fesyen
lelaki Jepun, Men’s Non-no. Fokus kajian ini adalah berkenaan dengan kata-kata sifat
yang dipilih dan kekerapan penggunaannya di halaman yang mengiklankan produk
kecantikan baru dalam majalah fesyen wanita Jepun dan majalah fesyen lelaki Jepun.
Tumpuan lain ialah pengkajian terhadap perbezaan dan persamaan dalam pemilihan
kata sifat dari aspek gender dalam teks yang memperkenalkan produk kecantikan baru
antara majalah Non-no dengan majalah Men’s Non-no.
Kata-kata sifat dikumpulkan daripada 4 naskah majalah fesyen Non-no dan 4 naskah
majalah fesyen Men’s Non-no dari Disember 2011 hingga Mac 2012. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif dan analisis kandungan diaplikasikan dalam
penganalisisan data dengan kekerapan dan peratusan sebagai data sokongan.
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kata sifat dalam bahasa iklan majalah fesyen
Jepun wanita lebih ketara berbanding dengan bilangan kata sifat yang digunakan dalam
iklan majalah fesyen Jepun lelaki. Hasil kajian juga mendapati masih ada beberapa kata
sifat yang popular dalam bahasa iklan menepati sesetengah kata sifat yang disarankan
dalam senarai kata adjektif Leech (1966). Istilah kata adjektif yang dikumpul dari
majalah Non-no dan majalah Men’s Non-no menonjolkan kata-kata sifat yang dipilih
dan digunakan masing-masing mempunyai ciri-ciri feminin dan maskulin yang tertentu.
Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kata-kata adjektif yang dikenali sebagai kata
sifat neutral kerana muncul dalam iklan majalah Non-no dan juga majalah Men’s Nonno.
Rasional-rasional yang merujuk kepada kajian-kajian lepas serta konsep penyelidik
dalam bidang gender juga turut dikemukakan untuk menjelaskan dapatan kajian ini. |
---|