PENTERJEMAHAN HOMONIM ARAB-MELAYU DALAM DOMAIN KETAKUTAN : SATU ANALISIS TEORI RELEVAN

Homonim yang terdapat dalam al-Quran al-Karim mendatangkan masalah kepada pembaca kerana mempunyai ejaan dan sebutan yang sama tetapi berbeza makna. Perbezaan makna ini pula menyebabkan kesukaran kepada penterjemah untuk memilih padanan terjemahan yang sesuai dan tepat. Sehubungan dengan itu, kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roslan, Ali, Fatimah, Hj Subet, Maheram, AHMAD
Format: Proceeding
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://ir.unimas.my/id/eprint/36887/1/248.pdf
http://ir.unimas.my/id/eprint/36887/
http://www.conference.unimas.my/2021/icls2021/index.php/programme/icls2021-proceedings
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Malaysia Sarawak
Language: English
Description
Summary:Homonim yang terdapat dalam al-Quran al-Karim mendatangkan masalah kepada pembaca kerana mempunyai ejaan dan sebutan yang sama tetapi berbeza makna. Perbezaan makna ini pula menyebabkan kesukaran kepada penterjemah untuk memilih padanan terjemahan yang sesuai dan tepat. Sehubungan dengan itu, kajian ini berusaha untuk mendapatkan gambaran kognitif dan padanan yang lebih jelas, relevan, mudah difahami dan apabila dibaca terasa sedekat mungkin dengan khalayak pembaca di alam Melayu (Nusantara). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menerapkan Teori Relevan (TR) yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986, 1995). Penerapan tiga gagasan penting dalam TR, iaitu konteks, kesan kognitif dan usaha memproses akan digunakan untuk menganalisis dan menghuraikan data kajian. Data kajian diambil daripada kitab suci al-Quran al-Karim yang bertemakan “ketakutan”. Dapatan kajian dianalisis menggunakan TR yang mampu memberikan gambaran yang lebih jelas, relevan, makna yang boleh dipertanggungjawabkan serta kena benar dengan budaya landskap masyarakat di alam Melayu ini. Selain makna linguistik, TR juga mampu menganalisis makna siratan meskipun dalam perkataan yang berhomonim. Akhirnya, dapatan kajian ini dijangka dapat membantu para penterjemah Arab-Melayu-Arab dalam usaha mencari padanan makna yang sesuai dan sejadi meskipun dalam teks agama.