Kesan kefahaman modul program latihan pengendali makanan (LPM) ke atas pengendali makanan di negeri Kedah

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti profil, tahap, hubungan dan perbezaan bagi pemboleh ubah nilai murni dan dimensinya, kefahaman dan kesedaran dalam aspek kebersihan makanan, diri dan premis perniagaan terhadap pengendali makanan di negeri Kedah. Reka bentuk penyelidikan ini menggunakan kae...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ishak, Noor Azniza, Mustaffa, Jamaludin, Ab Hamid, Kamal, Shaari, Azemi, Hamzah, Mohd Hilmi
Format: Monograph
Language:English
English
Published: Universiti Utara Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/7294/1/ke.pdf
http://repo.uum.edu.my/7294/4/1.NOOR%20AZNIZA%20ISHAK.pdf
http://repo.uum.edu.my/7294/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Utara Malaysia
Language: English
English
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti profil, tahap, hubungan dan perbezaan bagi pemboleh ubah nilai murni dan dimensinya, kefahaman dan kesedaran dalam aspek kebersihan makanan, diri dan premis perniagaan terhadap pengendali makanan di negeri Kedah. Reka bentuk penyelidikan ini menggunakan kaedah tinjauan di mana sampel yang diambil sebanyak 400 orang responden yang terdiri daripada pengendali makanan di negeri Kedah.Dapatan kajian menunjukkan dari segi tahap nilai murni pengendali makanan berada pada tahap yang sederhana. Manakala tahap kefahaman dan kesedaran pengendali makanan juga menunjukkan tahap yang tinggi.Ujian korelasi yang dilakukan untuk melihat hubungan antara nilai murni dengan kefahaman dan kesedaran tentang kesihatan menunjukkan terdapat hubungan antara nilai murni dengan kefahaman dan kesedaran tentang kesihatan. Namun begitu dari segi perbezaan sebelum dan selepas mengikuti kursus modul kesihatan menunjukkan nilai murni berada pada tahap yang sederhana baik dari segi sebelum mahupun selepas mengikuti kursus tersebut. Sebaliknya dari segi perbezaan sebelum dan selepas mengikuti modul tentang kesihatan dari segi kefahaman dan kesedaran menunjukkan terdapat peningkatan sebelum mengikuti kursus dan semakin ramai yang memahami selepas mengikuti kursus modul tersebut.Secara rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa pihak kementerian haruslah peka dengan keadaan pengendali makanan di mana hasil dapatan kajian menunjukkan nilai murni yang diterapkan oleh pengendali makanan semasa menjalankan perniagaan mereka masih berada pada tahap yang sederhana.Jikalau dibiarkan ianya akan menyebabkan kerugian kepada premis perniagaan mereka kerana nilai murni merupakan salah satu faktor daya penarik pelanggan untuk ke premis perniagaan mereka.